Saturday, December 8, 2012

saya tak perlukan boyfriend!

Assalamualaikum, aku tak tau perlu update ape disini. tapi mungkin aku tak berape sesuai jadi pemberita hal ehwal semasa. akhir2 ni, banyak benda yg dirancang tak sepatutnya berlaku tapi berlaku jugak. ape perkara tu biar lah menjadi rahsia kehidupan ku sendiri. tak perlu rase nya membebankan pembace dengan kehidupan aku yang sarat dengan masalah dunia belaka.

sememangnya, kehidupan penuh dengan dugaan. itu ketentuan. atau mungkin sebenarnya takdir mahu kita memilih mane jalan hidup yang kita perlu bukan yg kita mahu. akhir-akhir ni, rase tertarik sebenarnya nak beritahu sesuatu kepada seseorang. tapi mungkin boleh diambil iktibarnya oleh semua orang. siapa tau kan.
ada sahabat aku yg merasa mungkin aku perlu seorang boyfriend atau mungkin secara sopan dan matangnya ialah orang istimewa dalam hidup.

oh muka aku penuh masalah perhubungan agaknya. dengan jujurnya aku nak kongsi yang aku tak perlukan seorang boyfriend atau nama sopannya teman istimewa dalam hidup. kerana ape? banyak sebab...

PERTAMA
aku tak nak hilang best friend aku bila dia jadi boyfriend aku, sebab aku boleh kongsi apa saja dengan best friend aku. tapi tidak bersama boyfriend.

KEDUA
aku tak suka beri status kepada hubungan rapat aku. sebab selalunya status memberi jarak pada hubungan. as boyfriend mesti macam ni dan tak boleh macam tu. as sweet lover mesti panggil sayang selalu, kalau tak bagi i love you nk serajuk seminggu. as forever love mesti berdua bersatu kepit tangan sampai peluh. eww. at last? dua-dua pun selalu rasa tidak selesa sebab masing-masing pendam satu perasaan tak suka pada tindakan kekasih hatinya.

KETIGA
aku rasa bila aku ade bestfriend lelaki dia sebenarnya dah pun bertindak sebagai boyfriend and bestfriend aku. yang mane sesuai mengikut situasi. kerana bagi aku, boyfriend tak boleh bertindak senagai bestfriend walau apa cara mereka lakukan sekalipun. tetap ade jurang antara boyfriend and girlfriend.

EMPAT
aku tak mahu buta menilai orang yang aku sayang. sebab aku tau aku tak kan nampak salah seorang boyfriend, boyfriend akan selalu betul, boyfriend akan selalu jadi lelaki yg terbaik dalam hidup. kn? tapi bestfriend? kadang-kadang bestfriend jadi sahabat, kadang bestfriend jadi musuh dalam selimut. tapi aku akan selalu maafkan bestfriend aku instead of boyfriend. sbb at last dia tetap kawan aku. aku jadi selesa tegur dimana silap nya. dia juga begitu bila tahu dimana silap aku.

LIMA
aku tak suka berjanji ape yang tak pasti. betul, kita perlu usaha untuk jodoh kita. tapi aku tak boleh janji yang boyfriend aku akan jadi cinta terakhir aku. kerana, cinta terakhir aku kepada manusia ialah cinta aku terhadap suami aku. jadi aku tak perlukan seorang boyfriend. seorang lelaki biasa tanpa status boyfriend pon dah cukup.

ENAM
aku tak sanggup lagi untuk memikul status girlfriend dalam kehidupan aku. usung fakta bahawa aku ni kekasih orang adalah sangat tak relevan untuk aku sekarang ni. kerana aku, hanya akan galas status seorang isteri bila aku bersedia satu hari nanti.

Maka, cukuplah dihati saya, bahawa saya tahu awak menyayangi saya seadanya saya dan cukuplah dihati awak tahu bahawa saya seadanya menyayangi awak......
saya tak kan minta lebih dari itu......


salam sayang,
MM