Alhamdullillah, mungkin ini permulaan yang baru dalam hidup aku. setiap hari menjadi lebih tenang. aku mula fahami ape pentingnya menunaikan kewajiban. yela, nama pun wajib kan. semoga terus istiqamah ye. bila menunaikan solat, solat itu sendiri memberi ketenangan kn. tapi ada sesuatu yang buat aku sedar, walaupun ucapan nya ringkas tapi maksudnya begitu mendalam. dalam tak sedar, hari-hari aku mengucapkan nya. mungkin itu la hikmah akan ketenangan yang aku rasai sekarang.
Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Apa kata kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
semoga kita sama-sama beroleh manfaatnya , In Shaa Allah :)