Hati
kata orang hati jangan disakiti
tapi kenapa
kenapa dari segala yang ada, hati yang pantang sekali dikasari
apa mata dan telinga tidak punya rasa?
lantas aku tertanya
ada apa dengan hati
hari ini, aku jadi mengerti soal hati
hati memang jangan dicabuli
kelak kau mati
dari hati lahir sayang sejati
mati hati, gelap la hari
mati hati, hilang la cahaya sanubari
mati hati, mati diri
kadang kala, kau perlu pejam mata sendiri
supaya kau berusaha menjadi pengguna mata hati
pengguna mata hati jarang menyakiti
kerana mereka tau sakitnya hati
kadang kala, kau perlu beri peluang pada hati
biar hati membuat keputusan peribadi
kerana keputusan menggunakan hati, jarang-jarang diragui
jelas, kau memang tak tahu apa yang mendatang nanti
tapi kau tahu itu apa yang hati kau mau
Hati
demi hati
perbaikilah diri
kerana diri tidak bisa diperbaiki sendiri
diri selalu didahului oleh hati
hati
jangan lah mati
hati
teguhlah berdiri
lots love, MM...
No comments:
Post a Comment